Ahad, 16 Januari 2011

BAHASA JIWA BANGSA

Salam sejahtera,

Pergi membeli seekor angsa,
Angsa dibeli di Pekan Selasa;
Satu bangsa satu bahasa,
Maju bahasa majulah bangsa. 

Hembusan bayu membelai jiwa,
Menghapus lelah segenap keringat;
Bahasa Melayu bahasa perantara,
Menjalin ukhuwah sesama rakyat.

Dua rangkap pantun di atas merupakan hasil ilham saya sendiri yakni budak baru belajar. Secara peribadinya, saya beranggapan bahawa bahasa memainkan peranan penting dalam memelihara identiti sesuatu bangsa. Selain itu, penggunaan bahasa melambangkan akal budi dan ketertinggian peradaban sesuatu bangsa. Sehubungan dengan itu, marilah kita bersama berganding bahu dalam memperjuangkan bahasa kita!  Sematkanlah di dalam hati kita bahawasanya, BAHASA JIWA BANGSA!:-)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

INGATAN TULUS IKHLASKU