Salam sejahtera,
Pertama kali saya mengenali lagu ini dengan lebih dekat sewaktu menyertai Program 1 Malaysia Sejuta Puisi, yang mengambil masa selama tiga hari dua malam, bermula dari 22 Oktober 2010 hingga 24 Oktober 2010, bertempat di Perpustakaan Negara Malaysia. Bermula dari detik itu, hati saya mulai terusik untuk menghayati bait-bait kata yang tersusun indah dalam lagu ini. Antara butir bicara yang menggamit mata hati saya adalah:
Gunakanlah bahasa kebangsaan kita,
Marilah amalkan ramai-ramai
Bahasalah menyatukan kita semua
Yakinlah bahasa jiwa bangsa
Selanjutnya, luangkan sedikit masa untuk mendengar, menghayati dan menyelami lagu yang sangat dekat dengan isu penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat Malaysia...
Saudara saudari pembaca sekalian, indah bukan bait katanya? Sukar untuk membayangkan bagaimana satu bahasa itu mampu menyatukan pelbagai bangsa? Begitu istimewanya bahasa kebangsaan kita, bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, wajar untuk kita memahami tujuan bahasa Melayu itu diangkat sebagai bahasa kebangsaan. Hal ini demikian kerana, melalui pengenalan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, secara tidak langsung, masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai satu medium yang menjadi pengantara bagi persada komunikasi! Melalui komunikasi, masyarakat majmuk di negara kita akan berpeluang untuk mengenali, menghayati dan memahami antara satu sama lain. Dan, melalui bahasa kebangsaan juga masyarakat kita menjadi satu! Berinteraksi menggunakan satu bahasa, bahasa yang difahami oleh semua suku bangsa! Itulah yang dimaksudkan dengan "bahasalah menyatukan kita semua". Sehubungan dengan itu, marilah sekalian rakyat Malaysia, gunakanlah bahasa kebangsaan kita!

P/s: Cik Nurul Nadia, terima kasih di atas tunjuk ajar berkenaan prosedur untuk memuat naik video ke laman blog!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan