Salam sejahtera,
Saya baru sahaja pulang dari menonton perlawanan bola sepak antara dua kelab terkemuka iaitu Liverpool dan Everton. Sewaktu sedang asyik menyaksikan perlawanan berkenaan, telinga saya terdengar perbualan antara dua orang pemuda yang duduk di meja belakang. Hati saya terusik taktala mendengar dialog seperti berikut :
A : Tadi budak-budak ajak aku main futsal.
B : Habis, nape tak join?
A : Aku demam.
Sejajar dengan judul yang saya berikan iaitu "rojak", isu bahasa yang hendak saya bangkitkan di laman ini sudah semestinya bahasa rojak! Bahasa rojak membabitkan isu sosiolinguistik yang dikenali sebagai isu leksikal. Menurut Yang Berbahagia Prof. Dr. Awang Sariyan, permasalahan dari aspek leksikal merujuk kepada percampuran antara bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam sesebuah ayat. Merujuk kepada contoh di atas, perkataan join merupakan sebuah kosa kata yang diambil daripada bahasa Inggeris! Nah, penggunaan bahasa rojak sudah sekian lama berleluasa dalam kalangan masyarakat kita. Pendek kata, senario ini boleh kita katakan telah pun menapak di persada bicara kita sehari-harian untuk bertahun lamanya! Kenapa dan mengapa senario seumpama ini boleh berlaku? Barangkali kerana perkataannya yang lebih ringkas? Atau apa mungkin faktor persekitaran? Apapun jua alasannya, molek kiranya perkataan "join" ditukar kepada "ikut"! Kenapa? Jika isu sebutan yang ringkas yang dijadikan alasan, bukankah bilangan suku kata "join" dan "ikut" adalah sama? Pendek kata, saya beranggapan bahawa dialog di atas akan menjadi lebih mantap sekiranya menggunakan bahasa Melayu yang sebenar seperti di bawah :
A : Tadi budak-budak ajak aku main futsal.
B : Habis, kenapa tak ikut?
A : Aku demam.
Menarik bukan? Sehubungan dengan itu, marilah kita bersama berganding bahu dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan kita! Hal ini demikian kerana, jika bukan kita yang mencintai dan menjulang bahasa Melayu, siapa lagi yang hendak kita harapkan? Renung-renungkan masa depan bahasa kita wahai saudara dan saudari pembaca yang budiman.

*Gunakanlah Bahasa Melayu Dengan Betul* |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan