Salam,
Hari ini, saya memilih untuk membuat sedikit ulasan berkenaan insiden yang berlaku semasa pembentangan bagi subjek Semantik dan Pragmatik sedang berlangsung. Pembentangan berkenaan melibatkan beberapa orang siswi yang sebaya dengan saya tetapi berlainan fakultinya. Pada mulanya, saya mendapati pembentangan berjalan dengan lancar khasnya dari segi penggunaan bahasa baku. Walau bagaimanapun, di pertengahan pembentangan, segala-galanya berubah. Barangkali kerana pada pertengahan sesi pembentangan, para pembentang perlu menunjukkan aplikasi sistem korpus. Dipendekkan cerita, salah seorang daripada siswi yang membentang, di bawah sedarnya telah menggunakan bahasa basahan atau bahasa pasar. Antara bait kata yang saya dengar adalah:

A : Jap agi. Lepas ni kitorang ajar agi.
B : Apa yang korang nak buat kat situ?
Berdasarkan dua ayat yang saya sertakan di atas, pembentang melakukan dua kesilapan yang jelas. Pertama, pembentang telah pun melakukan kesalahan dalam menggunakan kata ganti nama diri. Menurut Nik Safiah Karim et.al (2004:88), kata ganti nama diri ialah kata nama yang menjadi pengganti sesuatu benda, perkara, atau manusia. Merujuk kepada situasi di atas, pembentang telah menyalahgunakan kata ganti nama orang pertama dan kata ganti nama orang kedua. Perkataan kitorang dalam ayat yang pertama mendukung makna kata ganti nama pertama yakni merujuk kepada orang yang bercakap manakala perkataan korang dalam ayat kedua tergolong dalam kata ganti nama diri kedua. Jika dilihat dengan mata kasar, siswi berkenaan seolah-olah tidak melakukan kesalahan bukan? Kesalahan pertama akan dapat diperkukuhkan dengan kesalahan yang kedua iaitu kesesuaian bahasa dengan persekitaran siswi berkenaan. Menurut Yang Berbahagia Prof. Dr. Awang Sariyan, penggunaan bahasa pasar semasa berada di dalam dewan kuliah secara tidak langsung akan merendahkan martabat sesuatu bahasa. Hal ini dapat kita jelaskan melalui penggantian kata ganti nama diri orang seperti di bawah :
Nah, sekarang lihatlah! Lebih molek bukan? Lazimnya, kesalahan penggunaan kata ganti nama diri orang berlaku di luar kawalan si penutur. Walau apapun jua yang menjadi titik tolak kepada permasalahan ini, elok rasanya untuk kita sama-sama memperbaiki diri khasnya dari segi kesesuaian bahasa dengan situasinya. Melalui aspek bahasa yang betul, kita secara tidak langsung akan mengangkat martabat bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu. Renung-renungkanlah...
Bil. | Bahasa Basahan | Bahasa Baku |
1. | Kitorang | saya, kami |
2. | Korang | saudara, saudari |
Nah, sekarang lihatlah! Lebih molek bukan? Lazimnya, kesalahan penggunaan kata ganti nama diri orang berlaku di luar kawalan si penutur. Walau apapun jua yang menjadi titik tolak kepada permasalahan ini, elok rasanya untuk kita sama-sama memperbaiki diri khasnya dari segi kesesuaian bahasa dengan situasinya. Melalui aspek bahasa yang betul, kita secara tidak langsung akan mengangkat martabat bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu. Renung-renungkanlah...
Contoh Penggunaan Kata Ganti Nama Diri Orang |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan