Syukur...akhirnya saya berjaya menghasilkan sebuah blog khusus untuk memenuhi syarat dan kehendak kursus BML3073, Sosiolinguistik Melayu. Sosiolinguistik Melayu merupakan kajian bahasa yang berhubungan dengan masyarakat baik dalam kebudayaan, kepercayaan mahupun pemikirannya! Menurut Yang Berbahagia Prof. Dr. Awang Sariyan, sosiolinguistik mempunyai kaitan rapat dengan sosiologi bahasa, etnolinguistik, antropologi linguistik dan linguistik antropologi. Sehubungan dengan itu, laman blog ini akan menjadi medium bagi saya untuk mengupas berkenaan isu-isu sosiolinguistik bukan sahaja yang melibatkan bahasa lisan bahkan bahasa penulisan juga tidak terkecuali. Untuk makluman saudara dan saudari pembaca yang saya hormati sekalian, sebarang nama dan insiden yang saya titipkan di ruangan ini tidak bermaksud untuk mendatangkan aib sebaliknya bertujuan dijadikan renungan bersama. Bak kata majaz Melayu, "Buang yang keruh, ambil yang jernih". Akhir sekali, adalah menjadi harapan saya agar kewujudan blog "Bicara Mata Hati" ini dapat saya manfaatkan sebaik yang mungkin. Dan, sebelum saya terlupa, sekalung penghargaan untuk pensyarah kursus BML3073, Sosiolinguistik Melayu, Dr.Siti Saniah serta ketua kelas yang banyak berjasa, saudara Muhammad Fawiz Bin Bakri. Sekian, selamat membaca...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan