Salam sejahtera,
Pada petang ini, saya ingin berkongsi tentang masalah sebutan yang disebut sebagai pelat. Hal ini berlaku pada diri saya sendiri. Sehubungan dengan itu, berikut merupakan sebahagian daripada perbualan antara saya dan seorang rakan:
Saya : Da, ko watpe je?
Rakan : Aku kat umah je ni, nape?
Saya : Aku nak datang umah ko malam ni. Da citer sikit.
Rakan : Masalah ke?
Saya : Ha..ah, masyalah. Syusah ati aku ni weyh.
Rakan : (Ketawa) Wei, nape ko tersasul-sasul ni?
Saya : Oh, aku tersyasul eh? Adoi…salah sebut lagi. Huhu
Saya teringat akan perbualan tersebut tatkala saya mendengar seorang mahasiswi yang ditegur kerana mengalami kesukaran untuk menyebut huruf "s" dengan betul. Menurut fahaman saya, masalah sebutan seperti mana yang saya dan siswi tersebut alami diistilahkan sebagai pelat. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:1162) mendefinisikan pelat sebagai perlakuan kurang betul semasa mengucapkan kata-kata. Pelat bersinonim dengan telor.
Menyebut tentang telor, saya kini memahami maksud salah seorang penilai bagi sesi pengajaran mikro yang telah pun selesai. Berbalik kepada perbualan bersama rakan, situasi sedemikian rupa bukanlah yang julung kalinya buat saya. Lebih menyedihkan apabila sekali saya tersasul keadaan tersebut akan berulang untuk kesekian kalinya dalam pertuturan saya yang seterusnya!
Ingin saya tegaskan bahawa, bukannya niat saya untuk mempersendakan bahasa Melayu, tetapi permasalahan yang sukar dibendung menjadi batu loncatannya. Hal ini demikian kerana, saya berpendapat bahawa masalah sebutan merupakan masalah yang sukar untuk dikawal kekhilafannya. Sehubungan dengan itu, jika saya tersasul kata terkhilaf bicara, tegurlah saya dengan berhemah.
Sebelum mengakhiri perkongsian pada petang ini, dengarkan sebutan "s" dalam bait kata lagu di bawah:
Sesungguhnya, tiada yang sempurna di muka bumi ini. Sekian, terima kasih.
Sebelum mengakhiri perkongsian pada petang ini, dengarkan sebutan "s" dalam bait kata lagu di bawah:
Sesungguhnya, tiada yang sempurna di muka bumi ini. Sekian, terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan