Salam sejahtera,
Hari ini merupakan hari yang sangat panjang dan memenatkan. Hal ini demikian kerana, jadual kuliah saya pada hari ini begitu padat. Walau bagaimanapun, saya telah memperoleh satu input yang amat menarik berkenaan nilai bahasa. Nilai bahasa yang saya maksudkan ialah faedah yang diperoleh daripada penggunaan bahasa dalam urusan harian. Ilham mengenai nilai bahasa ini diketengahkan oleh pensyarah bagi kursus EDU3056, Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran. Menurut pensyarah berkenaan, matlamat kurikulum bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian. Antara urusan harian yang disebut adalah berbahasa untuk mendapatkan perkhidmatan, berinteraksi untuk menjalin dan mempererat hubungan mesra dan berunding secara santun untuk mendapat persetujuan dan kata sepakat.
Nilai bahasa yang ingin saya kongsikan pada hari ini ialah, berbahasa dengan tujuan berunding secara santun untuk mendapat persetujuan dan kata sepakat. Berhubung dengan tingginya nilai bahasa Melayu kita, ingin saya meminjam sejenak deria pandang saudara dan saudari pembaca sekalian. Petikan di bawah merupakan ringkasan cerita berkenaan sebuah kemalangan yang melibatkan seorang siswi dan orang awam.
Bayangkanlah bagaimana satu peristiwa itu boleh dirungkaikan tanpa adanya komunikasi atau kemahiran berbahasa yang tinggi? Bukan sahaja ketertinggian bahasa yang dituntut, tetapi, aspek kesesuaian bahasa dengan situasi juga perlu dititikberatkan. Berbalik kepada nilai bahasa, bukankah sudah terang lagi bersuluh bahawasanya bahasa merupakan wadah untuk kita mencapai kata sepakat tatkala kita disapa oleh insiden yang tidak terduga? Fikir-fikirkanlah saudara dan saudari pembaca sekalian yang saya hormati sekalian. Sesungguhnya bahasa kita yakni bahasa Melayu, memiliki nilai yang amat tinggi, khasnya bagi memenuhi keperluan diri sama ada dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian. Akhir kata daripada saya, cintailah bahasa kita kerana bahasa yang kita tuturkan sehari-harian itu mempunyai nilai yang tidak terbeli dek harta yang kita miliki. Renung-renungkanlah.
Hendak dijadikan cerita, seorang siswi memandu kereta setelah selesai sesi kuliahnya. Sewaktu siswi berkenaan sedang dalam kiraan mahu memulakan perjalanan, seorang penunggang motosikal tiba-tiba muncul dan melanggar kereta siswi berkenaan. Ekoran daripada itu, penunggang motosikal tersebut telah pun mengugut dan meminta ganti rugi daripada siswi terbabit. Siswi yang berada dalam keadaan panik dan gugup terus menerus mendapat tekanan daripada penunggang motosikal berkenaan. Tatkala keadaan menjadi semakin genting, pensyarah A yang sedari tadi memerhatikan senario antara siswi dan penunggang motosikal tersebut, lantas menghampiri mereka. Pensyarah A menyatakan bahawa beliau mengetahui muslihat penunggang motosikal terbabit. Pada mulanya, penunggang motosikal berkenaan masih berdegil dan terus mendesak. Akan tetapi, setelah pensyarah A bersuara dengan gaya pengucapan yang sopan dan teratur, penunggang motosikal tersebut akhirnya mengaku bersalah kerana dengan sengaja telah melanggar kereta siswi berkenaan. Dipendekkan cerita, siswi berkenaan terselamat dari membuat sebarang bayaran ganti rugi manakala si penunggang motosikal telah pun gagal dalam rencananya untuk mengenakan siswi itu tadi.Barangkali seni kepengarangan saya kurang menarik. Akan tetapi, apa yang cuba saya sampaikan ialah, bahasa berperanan besar dalam menyelesaikan sesuatu masalah secara santun seperti yang ditonjolkan oleh pensyarah A dalam insiden di atas. Lazimnya, seseorang individu itu cepat panik dan gugup sekaligus terdorong untuk menjadi kelam kabut tatkala berhadapan dengan sesuatu masalah. Sebagaimana yang dihadapi oleh siswi yang diceritakan oleh pensyarah saya, individu acapkali gagal untuk mengaplikasikan bahasa yang terampil sewaktu berhadapan dengan permasalahan walhal bahasa mempunyai nilainya yang tersendiri iaitu sebagai medium penyelesaian masalah!
Bayangkanlah bagaimana satu peristiwa itu boleh dirungkaikan tanpa adanya komunikasi atau kemahiran berbahasa yang tinggi? Bukan sahaja ketertinggian bahasa yang dituntut, tetapi, aspek kesesuaian bahasa dengan situasi juga perlu dititikberatkan. Berbalik kepada nilai bahasa, bukankah sudah terang lagi bersuluh bahawasanya bahasa merupakan wadah untuk kita mencapai kata sepakat tatkala kita disapa oleh insiden yang tidak terduga? Fikir-fikirkanlah saudara dan saudari pembaca sekalian yang saya hormati sekalian. Sesungguhnya bahasa kita yakni bahasa Melayu, memiliki nilai yang amat tinggi, khasnya bagi memenuhi keperluan diri sama ada dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian. Akhir kata daripada saya, cintailah bahasa kita kerana bahasa yang kita tuturkan sehari-harian itu mempunyai nilai yang tidak terbeli dek harta yang kita miliki. Renung-renungkanlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan